e-Bulletin

// 2
Salam Sejahtera,
Sya’ban baru sahaja berlalu. Kini Ramadhan Al
Mubarak menjelma dengan penuh keberkatan.
Sebulan ini kita bakal menjalani ibadah berpuasa,
kita berlapar dan dahaga dengan antara tujuannya
melatih diri kita agar lebih kental menghadapi dugaan
yang mendatang. Setiap tahun kita melaluinya dan
kita tiupkan semangat ini kepada anak-anak kita
agar mereka juga belajar erti berpuasa. Kemudian
menjelmanya Aidilfitri yang kita sambut dengan
meriahnya,
menziarahi
sanak
saudara
dan
bermaaf-maafan.
Kekadang saya juga tertanya-tanya pada diri sendiri
apakah iktibar yang kita lalui sepanjang Ramadhan
dan Syawal hanya diaplikasikan dalam bulan itu
sahaja? Bayangkan kalau sepanjang tahun semangat
Ramadhan dan Syawal itu kita sentiasa bawa dalam
kehidupan seharian? Bayangkan sepanjang tahun kita
kental menghadapi cabaran, berdikit dan bersusah
payah dalam pekerjaan dan yang lebih indah sentiasa
bermaafan serta bersangka baik dalam setiap urusan.
Rugi rasanya kalau hanya dua bulan itu kita
bersungguh-sungguh tetapi lagi 10 bulan kita
meninggalkannya.
FOKUS
Ancaman keselamatan air
BERITA
- Sambutan Hari Air Sedunia 2014
- Pemberian rebat air beri manfaat kepada golongan yang memerlukan
- SAJ sambut Hari Gaya Sihat 2014
BERITA DARI AGENSI:
- Program jelajah rebat air Negeri Johor
SPECIAL FEATURE
- Carbon footprint and environmental issues
- Fighting with NRW
- Energy efficiency reflects positive long term effect
Kekuatan yang kita bina ketika sebulan berpuasa itu
adalah kekuatan sebenar kita dalam menghadapi
sebarang isu di masa depan. Krisis bekalan air yang
berlaku tahun ini kita anggap sebagai satu dugaan.
Tahniah saya ucapkan kepada seluruh warga kerja
SAJ yang terlibat. Inilah antara hasil semangat yang
kita terjemahkan dalam bentuk tindakan positif
sehingga majoriti pengguna di daerah ini mendapat
bekalan air yang mencukupi sepanjang berlakunya
krisis. Kalau amalan ini menjadi budaya dalam
organisasi saya percaya misi
dan visi kita tidak hanya
tercapai di dunia, malah di
akhirat juga, In Sha Allah.
Abdul Wahab Abdul Hamid
Ketua Pegawai Eksekutif
1
SEMASA
- Krisis air: Bila igauan jadi realiti: Langkah
penjadualan bekalan air solusi terbaik
2
3
TAZKIRAH
- Manusia perlu bijak tangani krisis air
13
4
INFO SIHAT
- Cara mudah mengatasi stres
14
5
6
7
9
INFO ISLAM
- Jom Ikut Cara Nabi: Wajib mengetahui arah kiblat
- Kesilapan kerap Muslim dalam Bulan
Ramadhan
11
15
16
// 3
Beberapa bulan lalu Negara diingatkan dengan ramalan berlakunya El Nino iaitu fenomena cuaca yang bakal
membawa cuaca panas dan kering pada bulan Jun hingga September. Maka, bertali aruslah agensi-agensi
yang berkaitan membuat kenyataan-kenyataan yang meyakinkan bahawa mereka bersedia menghadapinya.
Kenyataan ‘Public Relations’ sebegini sebenarnya hanya bertujuan memperlihat imej positif sesebuah organisasi
itu, dengan lain perkataan organisasi itu efisien dalam menghadapi situasi tersebut. Tapi itu hanya KULITnya!
Habis,.Isinya bagaimana pula?
Bagi sebuah agensi berorientasikan operasi,sesuatu keadaan itu dilihat dari aspek operasinya. Maka, kalau El
Nino adalah ancaman terhadap operasi SAJ, bagaimana pula sikap kita untuk menghadapinya? Sudah tentu
faktor-faktor operasi seperti penyelenggaran instalasi, persediaan logistik, sumber manusia dan takungan serta
simpanan bekalan adalah antara perkara yang menjadi perhatian. Adakah perlu juga kita membuat
persediaan-persediaan mental dan mungkin spiritual sebagai bekal pertahanan kita semasa El Nino nanti.
Kalau kita bersedia kita takkan pernah rasa kesal dengan tindakan kita, dan kalau kita melaluinya Insyaallah kita
akan lebih fokus menghadapinya. Biar sebelum El Nino kita sibuk bersedia, jangan bila El Nino tiba kita akan kata
“nak buat macam mana? Dah nak jadi….”.Atau mungkin juga yang akan kata “tanggungjawab ini sebenarnya
pihak sipolan… bukannya kita”.
Kalau kita rasa sudah bersedia menghadapinya, adakah sudah cukup setakat yang ada? Atau kita perlu explore
kemungkinan-kemungkinan lain dalam worst case scenario? Persoalan-persoalan yang kemukakan ini hanyalah
segelintir yang cuba membuka minda kita apabila menghadapi situasi. Yang penting ialah cara kita berfikir.
Prasangka dan negativiti adalah belenggu yang sering menghalang kita dari terus berkarya. Ayuh! Karyawan SAJ!
EDITOR
Krisis air..frasa kata yang seakan sudah sinonim di telinga penduduk
Johor yang menyebabkan kesukaran mendapatkan sumber berharga
ini berikutan cuaca panas yang melanda beberapa bulan sejak awal
tahun ini. Tindakan pembekalan air secara berjadual merupakan
alternatif penyelesaian terbaik.
Sila lihat muka 11 untuk artikel selanjutnya.
Gambar oleh : Muhd Subree A. Rahman
// FOKUS
// 1
ANCAMAN
Keselamatan Air :
Selamatkah Sumber Air Kita?
Malaysia sentiasa memberi penekanan kepada sumber
air yang merupakan nadi kehidupan. Sumber air di
negara ini juga berdepan dengan pelbagai isu seperti
banjir, kemarau, pencemaran dan kesan perubahan
iklim yang memerlukan tindakan pencegahan,
pemuliharaan dan penyesuaian.
Penduduk Malaysia bertambah setiap tahun dan
dijangkakan mencapai 43 juta orang pada tahun
2050. Susulan daripada pertambahan penduduk dan
pembangunan ekonomi yang pesat, permintaan negara
untuk air bagi memenuhi keperluan harian
akan meningkat.
Berasaskan kepada isu yang sering dibangkitkan oleh
pelbagai pihak berkepentingan dalam pengurusan
dan pemuliharaan air yang lebih baik, empat tonggak
bagi menyokong usaha kerajaan iaitu:
Air untuk rakyat: Semua mempunyai akses kepada air
yang selamat, mencukupi dan termampu untuk tujuan
bekalan, kebersihan dan sanitasi.
Air untuk makanan dan pembangunan luar bandar:
Peruntukan air yang cukup untuk memastikan jaminan
makanan negara dan menggalakkan pembangunan
luar bandar.
Air untuk pembangunan ekonomi: Peruntukan air yang
cukup untuk memacu dan mengekalkan pertumbuhan
ekonomi di dalam konteks ekonomi berpendapatan
tinggi.
Air untuk alam sekitar : Perlindungan persekitaran air
bagi pengekalan sumber air (air permukaan dan air
bawah tanah) dan regim aliran semula jadi,
kepelbagaian biologi dan warisan budaya serta
pengurangan risiko bencana berkaitan air.
Langkah-langkah harus diambil bagi memastikan
pihak yang bertanggungjawab dapat melaksanakan
amanah,
yang
memerlukan
pembangunan
keupayaan, kepakaran dan kemahiran, termasuk
sokongan kewangan, teknologi dan teknikal.
Kefahaman dan penglibatan semua pihak dalam
tadbir urus sumber air adalah penting untuk
meningkatkan tahap kesedaran awam tentang
sumbangan mereka bagi memastikan kelestarian
sumber air.
Selamatkan sumber air kita untuk generasi akan
datang!
Sumber: Dasar Sumber Air Negara, Kementerian Sumber
Asli dan Alam Sekitar Malaysia
// BERITA
// 2
SAJ RAI
Hari Air Sedunia 2014
Sempena Hari Air Sedunia yang disambut oleh
UNESCO setiap tahun pada Mac 22, SAJ dengan
kerjasama Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara
(SPAN), BAKAJ, Jabatan Pelajaran Negeri Johor serta
Jabatan Alam Sekitar meraikan sambutan itu di
Empangan Pontian, Ulu Choh baru-baru ini.
Bertemakan Air dan tenaga (Water and Energy), SAJ
memilih pendekatan penjimatan air sebagai langkah
untuk menjimatkan tenaga elektrik yang kita
gunakan seharian. Langkah proaktif bagi mejimatkan
penggunaan air adalah penting bagi keseimbangan
penggunaan kedua sumber utama dalam kehidupan
kita. Sumber tenaga yang kita perolehi hari ini adalah
bergantung kepada jumlah penggunaan sumber air.
Acara perasmian telah disempurnakan oleh Pengerusi
Jawatankuasa Kerjaraya, Kemajuan Luar Bandar &
Wilayah, YB Datuk Ir. Hasni Mohammad dengan
kehadiran Ketua Pegawai Eksekutif SPAN, Y.Bhg.
Dato’ Teo Yen Hua serta tetamu kehormat dari
jabatan-jabatan yang terlibat. Senamrobik serta acara
berbasikal disertai oleh semua tetamu kehormat di
awal sambutan. Seramai 90 orang pelajar sekolah di
sekitar Nusajaya telah melibatkan diri dalam acara
mewarna, melukis serta Kembara Eksplorasi Air
yang menyaksikan penyertaan dari 90 peserta bagi
kategori dewasa dan pelajar. Pasukan dari SAJ Ibu
Persembahan istimewa dari pelajar
SK Laksamana, Kota Tinggi
Pejabat, Mohd. Farid Yunus dan Hairudin Mohd
Kassim telah berjaya menewaskan 19 pasukan yang
lain dan membawa pulang 2 buah Televisyen LED
manakala bagi kategori pelajar pula dimenangi oleh
Intan Salwani Abdul Jalil dan Noor Afza Junaidi dari
Sekolah Menangah Kebangsaan Taman Nusajaya.
Tahniah…Harudin Mohd Kassim dan Mohd. Farid
Yunus dari SAJ Ibu Pejabat memenangi kategori
dewasa bagi acara Kembara Eksplorasi Air
Tekun….pelajar Tahun 1 dari SK Nusa Perintis yang
menyertai Peraduan Mewarna
Tetamu kehormat bersama pelajar-pelajar
cilik bersenam robik
Ruang pameran diisi oleh BAKAJ, Ranhill Water
Utilities, SPAN, Persatuan Air Malaysia (MWA) serta
pameran bas bergerak oleh Jabatan Alam Sekitar. Tidak
ketinggalan di ruang pameran adalah anggota Young
Water Professional (YWP).
Penyempurnaan acara
sambutan oleh Pengerusi
Jawatankuasa Kerjaraya,
Kemajuan Luar Bandar
& Wilayah, YB Datuk
Ir. Hasni Mohammad
diiringi Ketua Pegawai
Eksekutif SPAN, Y.Bhg.
Dato’ Teo Yen Hua dan
Ketua Pegawai Eksekutif
SAJ, Abdul Wahab Abdul
Hamid.
// BERITA
// 3
KIOSK PayQuik
Permudah Pembayaran Bil Setempat
SAJ Holdings telah memudah cara pelanggan
serta warga kerja dengan perkhidmatan kiosk
pelbagai bayaran yang diletakkan di Lobi utama
untuk kegunaan orang ramai mulai Jun lalu.
Kiosk pelbagai bayaran membolehkan
pengguna untuk membuat pembayaran terus
kepada pembekal perkhidmatan atau pedagang
bagi prabayar mudah alih, tambah nilai,
serta bayaran bil utiliti. Pelanggan kini boleh
terus membayar bil-bil setempat di kiosk
tersebut tanpa perlu menunggu giliran di
kaunter bayaran SAJ. SAJ sentiasa berusaha
memberikan komitmen yang berterusan serta
menambahbaik perkhidmatan sediada bagi
kepuasan pelanggan.
Kiosk PayQuik yang disediakan untuk kemudahan pelanggan SAJ
PEMBERIAN REBAT AIR
Beri manfaat kepada golongan yang
memerlukan
PEMBERIAN REBAT AIR BANTU KURANGKAN
BEBAN GOLONGAN MISKIN
Rebat air adalah pemberian air percuma pada kuantiti
yang ditetapkan kepada golongan sasar. Ia merupakan
satu usaha murni yang dilaksanakan oleh Kerajaan
Negeri Johor melalui pihak SAJ Holdings Sdn Bhd (SAJ)
selaku operator pembekalan air di negeri ini untuk
meringankan tanggungan kos kehidupan harian
golongan sasar terbabit.
Ianya mula diperkenalkan pada tahun 2010 dan
sehingga tahun 2013 seramai 835 akaun berdaftar
yang merupakan golongan miskin dan miskin tegar di
seluruh negeri Johor telah menikmati rebat ini.
Mulai tahun 2014, Kerajaan Negeri Johor menetapkan
kadar rebat air sebanyak 25 meter padu kepada
golongan miskin tegar dan golongan miskin yang
berdaftar dan tersenarai dalam pengkalan data E-Kasih
serta orang asli (pengesahan JAKOA) yang merupakan
pengguna air domestik adalah layak untuk diberi rebat.
Sehingga kini, rekod menunjukkan seramai 432
orang disenaraikan sebagai miskin tegar dan 4,256
orang disenaraikan sebagai miskin dalam E-Kasih
dan layak mengemukakan permohonan bagi menerima
rebat tersebut.
BAGAIMANA CARA MEMOHON
REBAT AIR INI?
Pemohon yang layak hendaklah melengkapkan Borang
Permohonan Rebat Air (SAJ 510) berserta salinan kad
pengenalan & salinan bil air dan menyerahkan kepada
Pejabat Daerah atau wakilnya (Ketua Kampung,
Penghulu) untuk pengesahan/sokongan Mesyuarat
Kumpulan Sasaran (Focus Group). Borang SAJ 510
boleh diperolehi di Pejabat Daerah atau di pejabat
Agensi SAJ berdekatan. Pemohon akan dimaklumkan
oleh SAJ selepas permohonan tersebut diluluskan.
Air bersih adalah kemudahan asas yang
hakiki dan usaha kerajaan ini diharap dapat
memastikan semua rakyat walaupun di
pedalaman dapat menikmati air bersih
percuma – YAB Menteri Besar Johor, Datuk
Mohamed Khaled Nordin.
// BERITA
// 4
SAJ SAMBUT
Hari Gaya Sihat 2014
Hidup ceria dengan gaya hidup sihat! Memandangkan
banyak perubahan yang berlaku hasil kemajuan
serta pembangunan negara khususnya dari aspek
sosioekonomi, kebanyakan dari kita terlepas pandang
tentang amalan gaya hidup yang seimbang. Menyedari
hakikat ini, SAJ dengan kerjasama sepenuhnya dari
Kementerian Kesihatan Malaysia, Regency Specialists
Hospital, Hospital Columbia Asia Nusajaya, Majlis
Sukan Johor, Hospital Sultanah Aminah, berusaha
dalam membentuk kesedaran tentang pentingnya
kesihatan di kalangan warga SAJ.
Kempen Hidup Sihat sebenarnya telah diamalkan
sejak tahun 90-an di mana pada ketika itu ianya
dimulakan oleh pihak Kementerian Kesihatan sendiri.
Atas meneruskan inisiatif murni inilah SAJ telah
memberikan peluang bagi pihak-pihak yang
bekerjasama membuka ruang-ruang pameran, sesi
ujian tahap kesihatan serta pusat derma darah. Turut
diadakan adalah sesi ceramah kesihatan dan
pertandingan masakan.
“Kempen seumpama ini patut diteruskan pada
masa-masa akan datang dan ianya seharusnya
disahut baik oleh warga SAJ supaya dapat
dipraktis dalam amalan seharian” – Abdul
Wahab Abdul Hamid
Antara aktiviti yang diadakan sempena
Hari Gaya Sihat SAJ
PROGRAM MESRA CEO
Erat Silaturahim
Program diilhamkan oleh AOC SAJ Holdings
berobjektif mengeratkan hubungan mesra antara
pengurusan dan anggota di samping memelihara
soal kebajikan semua anggota. Tinjauan berjadual ke
jabatan yang terpilih akan menerangkan dengan lebih
jelas mengenai hala tuju sebenar serta misi dan visi
organisasi yang disampaikan oleh Ketua Pegawai
Eksekutif SAJ, Abdul Wahab Abdul Hamid.
Teknik “turun padang” ini dilihat sebagai alternatif
yang berkesan untuk mendekati anggota dengan
lebih mesra. Melalui kaedah ini, anggota berpeluang
menyuarakan pendapat serta pemasalahan yang
timbul dalam jabatan secara empat mata dengan
beliau. Selain dianggap telus, cara sebegini diharap
dapat mengurangkan jurang yang sedia ada di antara
Lawatan mesra Ketua Pegawai Eksekutif SAJ
meninjau aktiviti warga kerja di jabatan
anggota dan pengurusan di masa akan datang. Usaha
murni ini diharap dapat diteruskan sehingga ke
peringkat anggota SAJ di daerah lain.
Dalam satu majlis jamuan yang diadakan sempena
lawatan ke sebahagian jabatan di Ibu Pejabat, beliau
telah meluahkan rasa gembira atas sambutan anggota
dan sikap mesra yang dipamerkan dalam jabatan
adalah menjadi pengukuh jambatan yang kita bina
selama ini. Semangat ukhuwah dan perpaduan yang
erat memberikan beliau kekuatan dalam menerajui
hala tuju organisasi dengan bertulang belakangkan
anggota yang sentiasa menyokong usaha beliau. Beliau
juga merakamkan ucapan terima kasih dan tahniah
kepada semua anggota SAJ.
// BERITA DARI AGENSI BATU PAHAT
// 5
PROGRAM JELAJAH REBAT AIR
Johor perluas bilangan penerima
BATU PAHAT - Selaras dengan usaha Kerajaan Negeri untuk memperluas pemberian rebat air daripada
jumlah 835 penerima kepada seramai 5,000 orang yang melibatkan peruntukan sebanyak RM2.4 juta setahun, SAJ
telah melancarkan program rebat air peringkat Negeri Johor di Dewan Muafakat, Parit Semarang dekat sini.
Program yang dirasmikan oleh YAB Menteri Besar Johor, Datuk Mohamed Khaled Nordin adalah destinasi
jelajah pertama di daerah ini dan seterusnya akan diadakan di daerah lain seluruh daerah.
Pameran berbentuk kesedaran penjimatan air dan rebat air diadakan serta penyampaian sijil kepada penerima
rebat di daerah itu telah disampaikan oleh YAB Menteri Besar Johor.
YAB Menteri Besar Johor mendengar penerangan
tentang penjimatan air
Tetamu kehormat bergambar kenangan bersama
penerima rebat air SAJ 2014
Penerima sijil rebat air SAJ bersalaman dengan YAB Menteri Besar Johor
// SPECIAL FEATURE
// 6
REDUCING ALL POSSIBLE
Treated water wastages means
saving energy
JOHOR NRW TREND 2010-2013
32.50
NRW%
30.50
28.50
26.50
M
Ja
n-
10
ar
-1
M 0
ay
-1
0
Ju
l-1
Se 0
p1
N 0
ov
-1
Ja 0
n1
M 1
ar
M 11
ay
-1
1
Ju
l-1
Se 1
p1
N 1
ov
-1
Ja 1
n1
M 2
ar
-1
M 2
ay
-1
2
Ju
l-1
Se 2
p1
N 2
ov
-1
Ja 2
n1
M 3
ar
-1
M 3
ay
-1
3
Ju
l-1
Se 3
p1
N 3
ov
-1
3
24.50
Monitoring through segmented district meter zone enable to identify the abnormal flow increment. In this case
flow increased to 3,200 m3/day from its normal of 850 m3/day
The DMZ
The DMZ
Increased flow alert
Remote location leak occurred
The leak found
Remote location leak occurred
// SPECIAL FEATURE
// 7
ENERGY MANAGEMENT
For Environment and business
sustainability
by : Mohd Zin Othman
SAJ is committed to join the world in battling the Global Warming through increase in its operational
efficiencies and monitoring its effectiveness through the measurement of its contributed Carbon Footprint.
EMISSION FACTORS
PETROL 2.3kg CO2 equivalent/L petrol
FUEL
DIESEL 2.7kg CO2 equivalent/L petrol
STATIONARY
CAUSTIC SODA : 4.1648
LIME : 0.4985
SODA ASH : 0.553
ALUM : 0.2317
CHLORINE : 4.1648
Per metric tonne CO2
equivalent/tonne chlorine
0.683 metric tonne CO2
equivalent /MWh
PAPER
2.9kg
INK / TONER
4.8kg
CO2 equivalent/
kg petrol
CO2 equivalent/
kg petrol
CHEMICAL
Knowing the carbone emission factor for all inputs to water supply operations is the basis to calculate the
carbon footprint. Electricity emission factors differs between countries, depending on the mean of power
generation.
Resources and activity carbon emission
contribution in SAJ water supply activity
Location of water supply function relation to
carbon release intensity
Carbon emission of each category of CF Assesment
0%
0%
20%
86%
12%
Electricity
Chemical
Waste/Sludge
Staff
commuting
Transportation/
chemical supply
Energy consumption in the SAJ’s operation dominates
the emission of CO2 and therefore energy
management is the strategic approach to improve the
energy consumption efficiency, reducing the CO2
3%
73%
6%
WTPs
Pump House
Office
Transportation
(Fleet vehicle)
18%
Location to emphasize on a through management of
the carbon emission process components are at the
water treatment plants and pump house.
// SPECIAL FEATURE
// 8
Carbon Footprint Calculation of WTP
BYDISTRICT on 2011
JOHOR BAHRU
Gunung Pulai
SEGAMAT
Skudai
Air Manis C
Palong Timur
Gunung Pulai
Pemanis
{
584.839 MT/544231m3
1.075 kg CO2 eq/m3
Jementah
MUAR
Lenga
Bkt. Serampang
Sawah Ring. Gerisek
Parchor
District
MERSING
563.034 MT/699499m3
0.805 kg CO2 eq/m3
{
{
Tenggaroh
Mersing Baru
Nitar
Tenglu
Endau
KOTA TINGGI
Batu 2
{
* Data from Sep to Dec
2011 only
Linggiu
Bandar Tenggara 2
Sg. Sayong
Lok Heng
Semangar
Sg. Lebam
Gembut
KLUANG
Kahang Timur
Kahang Baru
Bukit Batu
BATU PAHAT
Carbon Footprint
analysis for all plants,
gives a clearer view
on area for immadiate
attention.
SAJ’s average CO2 emission is
at 0.428 kg CO2
equivalent/m3 raw water
abstraction for process
Sri Gading
0.000.200.40 0.600.801.001.20
Total kg CO2 eq/m3 raw water
3 MILLION
66,801
TONNE CO2
trees will nutralized
SAJ’s
Abstracting
process
emit
156 million
ted 66,801
m3 of raw
ANNUAL
metric
tonne
water for
CO
CO
2
2
treatment,
equivalent
a
ayear
year
Averaging to
release of 0.428 kg.
CO2 equivalent per
m3 abstruction of
raw water to treat
released
A
TREE
FACT
// SPECIAL FEATURE
ENERGY MANAGEMENT
All activities to ensure efficient use of
energy in the organisation
by : Shamsir Shamsudin & Amzatul Akmam Mokhtar
One of management resources of an organisation
Required due to its influence to operation and activities
Profitability
Operating Costs - Energy
Sustainability
Risks – price fluctuation &
supply shortages
Competiveness
Competency
Pollution Carbon emission
Depletion of fossil fuel
Working environment quality
WHY
ENERGY
MANAGEMENT
KEY PLAYERS AND THEIR TYPICAL INTERESTS
TOP MANAGEMENT
• Smooth operation
• Budget Compliance
• Profit & loss account
PROCUREMENT MANAGER
• Improvement of purchasing conditions/procedures
• Best/optimal prices
EXTERNAL SERVICE PROVIDER/ CONSULTANT
• Maintain the contract
• Identification of potential improvements
• Client’s satisfaction
PRODUCTION MANAGER
• Product quality and delivery dates
• Optimization of production costs
• Reliability of production facilities
FACILITIES OPERATORS
• Reliability of operation and maintenance
• Low defect/damage potentials
EXTERNAL FACILITY CONSTUCTOR
• Sale of facility at high prices
• Client’s satisfaction
Corporate Image
SUSTAINABLE ENERGY MANAGEMENT
The process of managing the energy use in the
organization
• To ensure that energy has been efficiently use
Adopting energy management system
• To achieve desired results and for continual improvement
Cover sall aspects of energy
• The people
• The equipment in the daily operation of the
Facilities
// 9
// SPECIAL FEATURE
// 10
KEY EVALUATION CRITERIA
Expertise/
Competency
Technical Viability
ENERGY SAVING
MEASURES/
PROJECTS
Financial Viability
Financial
criteria & sources
Sustainability Plan
EnMS
(MS ISO 50 001 : 2011)
PERFORMANCE M&V
SUSTAINABLE APPROACH TO REDUCE
ENERGY COSTS - IMPLEMENT
ENERGY MANAGEMENT SYSTEM
Management
Review
1
6
System &
Performance
Checking
Implementation &
Operation
Management Commitment
No management
commitment
= less impacts = forget it!
2
5
4
3
Energy Policy
Planning
Energy saving measures – to bring results in improving
energy performance & cost reduction!
// SEMASA
KRISIS AIR
oleh : Muhd Subree A. Rahman
i. Kesan musim kemarau berpanjangan
ii. Penyusutan air di
empangan
iii. Air di sungai kering
iv. Air masin
02
i.Kulaijaya
ii. Kota Tinggi
iii.Kluang
iv.Mersing
v.Muar
vi.Leang
i. Bekalan air berjadual
ii. Bantuan air melalui tanker
iii. Perjumpaan dan sesi penerangan bersama pemimpin serta ketua-
ketua masyarakat
iv. Makluman media
(TV, Akhbar, Laman Web)
v. Hebahan rumah ke rumah melalui hailer
01
Isu-isu utama
// 11
KRISIS
BEKALAN AIR
DI NEGERI
JOHOR
2014
Daerah-daerah
Alternatif
terlibat
penyelesaian
masalah :
03
Fenomena cuaca panas melampau telah melanda beberapa buah negara dan Malaysia tidak
terkecuali dari mengalami kesan fenomena yang boleh dianggap bersifat global ini. Suhu
cuaca panas yang telah mencapai 38.1oC bukan sahaja menjejaskan ekosistem malah turut
menjejaskan keperluan harian manusia iaitu air.
Di negeri Johor pula keadaan fenomena cuaca panas ini telah memberi kesan kepada penurunan
paras air beberapa kawasan tadahan air di negeri Johor. Rentetan berlakunya fenomena ini,
beberapa daerah di negeri Johor telah menghadapi krisis bekalan air dan menerima air secara
berjadual sepanjang musim kemarau ini.
Lawatan Rasmi
Pengagihan Bekalan Air Kepada
Orang Awam
Solat Sunat Istisqa’
// SEMASA
// 12
BILA IGAUAN JADI REALITI :
Langkah penjadualan bekalan air solusi
terbaik
Objektif utama melaksanakan tindakan ini adalah untuk memastikan penduduk di kawasan terbabit memahami
situasi sebenar dan pelaksanaan tindakan pembekalan air berjadual serta pembabitan oleh ketua-ketua masyarakat
di sekitar serta program berkaitan yang harus dilaksanakan semasa krisis bekalan air setempat.
SAJ turut memberi maklumat terperinci tentang bekalan air berjadual ini kepada orang ramai melalui akhbar dan
semua media, memaparkan dalam laman web rasmi SAJ serta laman Facebook SAJ iaitu Setitis YANG Bermakna.
Aktiviti membina
empangan air dengan
menggunakan beg
Berjemaah untuk solat sunat istisqa’ 2
Taklimat Bersama YB Razman
Keadaan Sungai Yang Hampir Kering
Pengguna menyediakan bekas untuk menadah air
// TAZKIRAH
// 13
MANUSIA PERLU BIJAK
Tangani Krisis Air
Negara berkemungkinan mengalami
perubahan cuaca dan iklim akibat
fenomena El Nino yang dijangka
melanda dalam masa terdekat ini.
Bayangkan lah, jika ianya benar-benar
berlaku, persediaan rapi hendaklah
dilaksanakan
bagi
mengelakkan
berlakunya krisis bekalan air.
Justeru dalam menghadapi segala
kemungkinan
tersebut,
corak
penggunaan air seharian perlulah
diubah bagi memastikan kelangsungan
bekalan air bagi tempoh jangka masa
yang panjang.
Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu Mengenai Alam Sekitar (UNEP) menjangkakan jika manusia menggunakan air
dengan kadar yang diamalkan sekarang, dua daripada tiga orang penduduk dunia akan hidup dalam keadaan sukar
menikmati bekalan air menjelang 2025.
Ini pastinya akan mengundang permasalahan lebih rumit apabila berlakunya krisis air, ia juga akan memberi kesan
kepada bekalan makanan ekoran kedua-duanya saling berkait rapat antara satu sama lain.
Peranan Sebagai Khalifah Di Muka Bumi
Hal ini amat bertepatan dengan peranan manusia yang diciptakan selaku khalifah atau penguasa yang dipilih oleh
Allah SWT untuk memikul tanggungjawab yang besar di muka bumi ini. Dalam konteks ini, peranan manusia ialah
menguruskan segala sumber yang dikurniakan dengan sebaik mungkin:
Firman Allah SWT yang bermaksud:
”…Dialah yang menjadikan kamu daripada bahan-bahan bumi serta menghendaki kamu
memakmurkannya”
(Surah Hud, Ayat 61)
Pastinya kita tidak ingin krisis air yang menyebabkan tindakan menghadkan bekalan air di setiap rumah yang
berlaku sebelum ini berulang kembali pada masa akan datang. Corak penggunaan air bagi setiap isi rumah haruslah
diubah bertepatan dengan kempen jimat air yang sentiasa diwar-warkan oleh kerajaan.
Ayuh, semua bangkitlah bersama-sama. Kini sudah tiba masanya semua pihak bekerjasama mengatasi
permasalahan ini supaya penyelesaian dapat dilakukan dengan lebih berkesan untuk generasi akan datang
menikmati setitis air dengan penuh bermakna!
(sumber: Berita Harian, 15 Mei 2014)
// INFO SIHAT
// 14
CARA MUDAH
Untuk Mengatasi Stress
Terdapat beberapa langkah alternatif yang mudah untuk dilakukan dan dapat mengurangkan potensi untuk
mendapat kesan buruk dari gejala stress.
1. PEMAKANAN YANG BETUL
Pemakanan yang betul serta diet yang seimbang boleh membantu
manusia melaksanakan tugas seharian dengan sempurna selain menjamin
tubuh badan mendapat zat makanan yang diperlukan. Justeru pastikan anda
mengambil makanan yang menyumbang kepada kesejahteraan anda. Ambil
protein, vitamin B (B6 dan B12), asid folik dan mineral.
2. Jangan Membebankan Diri
Kadangkala seseorang itu terlalu bercita-cita tinggi dan terlupa akan
kemampuan diri. Justeru penting untuk kita mengelak diri dari mengambil
tugas lebih dari yang mampu dilaksanakan. Laksanakan tugas sedikit demi
sedikit. Pecahkan tugas yang besar kepada beberapa tugas kecil yang boleh
diselesaikan dalam tempoh yang lebih pendek. Dengan cara ini, ia akan
meringankan beban tubuh dan minda kita.
3. Berehat
Jika anda selalu sibuk dan tidak cukup tidur, fikir semula baik-baik. Badan kita
perlu rehat selepas bekerja untuk beberapa ketika. Justeru jangan biarkan
seminggu berlalu tanpa rehat dan tidur yang nyenyak. Cubalah ambil cuti
selepas melaksana beberapa siri tugas berat. Alternatif dengan mendengar
musik yang ringan atau mengambil masa untuk bersendirian dan
merehatkan minda akan membantu kita dalam jangka masa yang panjang.
4. Berinteraksi Dengan Ahli Keluarga dan Rakan
Menjadi seorang pekerja yang komited atau ‘workaholics’ adalah satu
sifat terpuji. Namun begitu jangan lupa, sebagai seorang manusia kita
memerlukan sokongan orang di sekeliling kita. Sehubungan dengan itu kita
perlu pastikan ada masa untuk diluangkan bagi melakukan aktiviti masa
lapang bersama ahli keluarga dan juga rakan-rakan. Melalui tindakan ini,
ianya dilihat dapat mengurangkan atau menghilangkan sebarang
kerungsingan yang bermain di minda. Dalam masa yang sama ianya akan
menolong anda membina pandangan positif apabila anda kembali bertugas.
Stres sebenarnya boleh membunuh tetapi ianya tidak perlu begitu. Penting
untuk seseorang itu mempunyai kawalan ke atas kehidupannya. Lindungi
diri dan kesihatan dengan mengamalkan langkah-langkah yang akan
membantu mengurus stres dengan baik.
Oleh: AOC Cergas SAJ
// INFO ISLAM
JOM
Ikut Cara Nabi
WAJIB MENGETAHUI ARAH QIBLAT
Muslim wajib memahami cara-cara mengetahui arah qiblat. Allah SWT telah memerintahkan
kepada Rasulullah SAW bahawa setiap manusia yang ingin menunaikan solat perlu menghadap
qiblat. Cara menentukan arah qiblat boleh dibuat seperti berikut :- Kaedah istiwa al A’zham
Merupakan peristiwa kejadian matahari istiwa (rembang) di atas Kaabah berlaku hanya dua (2) kali
setahun iaitu pada 28 Mei dan 16 Julai setiap tahun. Fenomena ini berlaku pada 28 Mei kira – kira
jam 5.16 petang dan pada 16 Julai kira – kira jam 5.28 petang (mengikut waktu piawai Malaysia).
Ketika matahari istiwa di atas Kaabah, bayang objek tegak di seluruh dunia akan membetuli arah
qiblat.
- Kaedah buruj bintang
Buruj bintang merupakan satu kumpulan bintang yang berada di suatu kawasan langit dan
membentuk menyerupai haiwan, geometri dan seumpamanya. Dengan mengetahui bentuk buruj
– buruj bintang tertentu, arah utara dan arah qiblat dari sesuatu boleh ditentukan.
- Kaedah matahari terbenam
Secara umum menjadikan kedudukan matahari terbenam untuk tujuan mendapatkan penentuan
arah qiblat adalah kurang tepat. Namun sebagai salah satu daripada langkah berijtihad, arah
terbenam boleh digunakan sekiranya diketahui perbezaan sudut di antara arah matahari terbenam
dengan arah qiblat.
BULAN
Januari
Februari
Mac
April
Mei
Jun
Julai
Ogos
September
Oktober
November
Disember
ANGGARAN ARAH QIBLAT DARI MATAHARI TERBENAM
ke kanan 45 °
ke kanan 40 °
ke kanan 25 °
ke kanan 15 °
ke kanan 5 °
ke kiri 1 °
ke kanan 1 °
ke kanan 5 °
ke kanan 15 °
ke kanan 30 °
ke kanan 40 °
ke kanan 45 °
Anggaran perbezaan sudut di antara arah qiblat dengan matahari terbenam di Malaysia
- Kaedah hitungan segitiga sfera
Adalah merupakan hitungan berdasarkan kepada konsep arah sepanjang bulatan gedang bumi
(great circle).Membabitkan model matematik sfera yang mengandungi koordinat geografi
tempatan dan koordinat geografi rujukan (Kaabah).
- Penggunaan kompas prismatic dan teodolite
Penandaan arah qiblat dengan kompas banyak diamalkan di kalangan masyarakat Islam masa kini
dan arah yang ditunjukkan oleh sesuatu kompas adalah merujuk ke arah utara. Boleh digunakan
sebagai alat alternatif jika alat yang lebih sesuai tidak ada.
Manakala penggunaan teodolite adalah alat termoden yang digunapakai oleh kebanyakan juru
ukur dan pihak yang melakukan kerja menentukan arah qiblat. Alat ini digunakan untuk mengukur
bacaan sudut secara mendatar dan menegak. Ini memberi kejituan bacaan tinggi dan tepat.
Allah SWT berfirman
“Dan DIA menciptakan tanda – tanda (petunjuk jalan). Dan dengan bintang – bintang itulah mereka telah
mendapat petunjuk”. ( An – Nahl : 16 )
// 15
// INFO ISLAM
// 16
Menganggap
waktu imsak
sebagai ‘lampu
merah’ bagi sahur
Makan dan minum
dengan bebas setelah
batal puasa dengan
sengaja (bukan kerana
uzur yang diterima Islam)
Makan sahur di waktu
tengah malam kerana
malasa bangun di
akhir malam
Memasuki Ramadhan
dalam keadaan harta
masih dipenuhi
dengan harta haram
KESILAPAN
Tidak
memperbanyakkan
doa tatkala
berpuasa dan
berbuka
Kerap Muslim
Dalam Bulan
RAMADHAN
Memperbanyakkan
tidur di siang hari
dengan alasan ia
adalah ibadat
Wanita berterawih
beramai-ramai
di masjid tanpa
menjaga aurat
Tidak
mengutamakan
solat Subuh
berjemaah
sebagaimana
Terawih
Menunaikan
solat terawih di
masjid dengan
niat inginkan
meriah
Bersahur dengan
hanya makan &
minum sahaja
tanpa ibadah lain
Bermalasan dan
tidak produktif
dalam kerja-kerja di
siang hari dengan
alasan berpuasa
Tidak
menunaikan
solat ketika
berpuasa
Sumber : http://zaharuddin.net/fiqh-ibadah/148-kesilapan-kerap-dalam-bulan -ramadhan.html